Thursday, March 3, 2011

Cabaran sebagai seorang ibu.

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

Entri kali ini, sengaja kutulis buat melegakan hati yang gusar. Kadangkala hati ini seringkali berfikiran negatif langsung terus menjadikan aku seorang yang takut dengan hari-hari yang mendatang. Kenapakah ak begini? aku juga tidak tahu mengapa setiba-tiba sejak ada kehadiran insan baru dalam hidupku ini, seringkali hati menjadi tidak keruan. Namun tidak kusalahkan pada dia, aku cume rindu ingin bersolat dan membaca al-quran demi melegakan sedikit hati ini. Namun harus kutangguh dahulu dan teruskan dengan zikrullah sahaja. Aku fikir, pada masa inilah syaitan itu juga banyak bermain di kotak fikiran ini lantas membuat aku rasa seperti tidak mampu menghrungi hidup sebagai ibu.

Apakah yang bermain difikiranku?? bagaimana nanti kembali bekerja? mampukah aku menjadi ibu, isteri dan pekerja yang baik? mampukah aku memberi susu ibu kepada anakku sekurang-kurangnya sehingga umurnya 6 bulan? mampukah aku nanti untuk membuat kerja-kerja rumah dengan kehadiran bayi ini? Tapi semua itu semua orang yang ada anak lalui.. knapa pula aku tak mampu? bukankah begitu? puas hati ini kupujuk. pelbagai semangat dan motivasi kucari di internet dan laman bual bicara ibu-ibu.. Tapi perasaan gusar itu kerap juga datang. Mungkin juga kerana aku ini jenis orang yang tidak dapat lega sekiranya semuanya masih tidak pasti. Im not a spontaneous person. I plan a lot. Sometime too much and it burden me. Tapi itulah hakikatnya. Aku juga tidak lupa dengan meredhai segala yang akan terjadi kerana aku percaya Allah telah meletakkan semua dalam rancangan-Nya..maka ak cuba untuk pujuk diri supaya jgn takut dan risau. mudah-mudahan aku akan biasa dengan kehidupan baru.

Dalam pada itu, tidak dinafikan aku juga turut risau memikirkan bagaimana progressku untuk sambung belajar, bagaimana suamiku nak selesaikan masternya, dan bagaimana kami disana nanti? Wah banyak sungguh nak difikirkan. mana tak stress.. huhu. sepatutnya aku cukupkan rehat tatkala berpantang ni, barula cukup kuat hadapi hari mndatang...
apa-apa pun, sekadar menulis melapangkan hati .

i, who need support. TQ for my family for at least being around.
for my husband,
im sorry if i burden u, im sorry for being so weak,
i need ur support n tq for being there whenever u can. ur love is very much appreciated..

Ya Allah, lapangkan dada ini, dan cukupkanlah kami. Amin.

-yang lemah dan mengharap-

No comments:

Post a Comment