Thursday, March 10, 2011

Pengorbanan ibu

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..

Alhamdulillah Jumaat juga tiba. Kurang makna hujung minggu bila kita bercuti sebenarnya, tp buatku pada masa ini amatlah bermakna kerana sekurang-kurangnya bila weekend tidaklah aku keseorangan dirumah.

Hari ni aku ingin catatkan lagi pengorbanan seorang ibu. Bukan aku sebagai ibu, tetapi mamaku sebagai ibu. Dari lewat tengahari semalam Asyraf tidak mahu nyenyak tidur. tidur sekejap2 sahaja kemudian menangis minta didukung dan sebagainya.. Jadi penat lelah juga melayan dia. Ia berpanjangan sehingga 3 pagi harini.. Mujur ada mama ku /omma kepada Asyraf yang sabar melayan dalam mengantuk dan penatnya. Aku juga sudah kepenatan dan pedih terasa dibahagian luka kerana aku turut dijangkit selsema, jadi setiap kali bersin ngilunya luka dan bengkak di bahagian operation. Kesian mama terpaksa melayan Asyraf walaupun harini perlu ke tempat kerja lagi dan juga menguruskan hal rumah tangga lain. Begitula seorang ibu.. sampai jadi nenek pun masih tidak putus pengorbanan ibu. Aku juga bakal begitu, jadi haruslah bersedia. Dijadikan Allah seorang ibu itu penuh dengan kasih dan sayangnya. Penuh dengan kesabarannya. Aku masih perlu belajar semua itu. Terima kasih mama kerana penuh dengan kasih sayang mu dan kesabaranmu. Tidak tahu bagaimana agknya kalau tiada dia, pasti sudah aku dan suami pening kepala nak buat bagaimana. Hampir putus asa dan biar sahaja dia menangis seketika tatkala lepas menyusu kerana sakit berguling dan bangun acapkali.

Merungut? ya, aku akui aku hamba Allah yang lemah yang masih belajar menjadi ibu. Masih merungut - tapi sudah tahu itu tanggungjawabku. Bukan merungut lebih tepatnya - menyatakan ape yang kurasa dan mencuba menjadi lebih baik dari semalam. Beginila liku-liku seorang ibu membesarkan anaknya. Ku akui juga memang reda hati ini bila melihat dia yang sudah kelihatan lebih besar dan tembam. Tidak sabar rasanya untuk dia terus membesar dan mudah-mudahan aku juga akan lebih mudah memahami apa yang dia mahu agar dia sentiasa tenang.

Ya Allah kau permudahkanlah urusan hamba-mu ini ya Allah. Sesungguhnya kepada engkau sahajalah aku memohon pertolongan dan kepada-Mu lah aku bertawakkal. Amin.

Wassalam,

No comments:

Post a Comment