Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh
Alhamdulillah hari ini aku lebih bersemangat, insyaAllah semoga berkekalan energi sebegini.
Inigin dicatit rutin harian ku semasa berpantang:
Seperti biasa, semasa berpantang ini, aku bangun sedikit lewat, bukan apa, dek kerana tidur juga terganggu masih lagi cube mencari masa untuk curi rehat supaya cepat sembuh. Hari ku biasanya akan bermula jam 8 pagi. aku juga masih belum boleh bersolat, maka setelah menyusu anak jam 6 pg aku akan sambung tidur sementara Asyraf juga masih mahu sambung tidur.
2,3 malam yang lepas ini, asyraf sudah mula nyenyak tidur walaupun kadangkala nak mula tidur itu agak lewat sehingga 3 pagi baru nak tidur. Tapi setelah dia tidur, dia akan nyenyak dan hanya bangun untuk menyusu. Maka, aku juga sudah mula biasa dengan rutin ini.
Bangun pagi jam 8, aku akan sarapan milo + roti dahulu. Asyraf pada kebiasaannya masih tidur, tapi sudah mula nak bangun. Jadi aku harus pantas makan dan kemudian jika Asyraf perlu menyusu dahulu, aku akan susukan dia sebelum memandikan dia. Setelah selesai mandikan Asyraf, kalau ada orang tolong jagakan Asyraf aku akan mandi pula. Kalau tidak aku akan cuba rehatkan Asyraf sehingga dia tenang bermain atau tidur barulah dapat aku mandi. Asyraf akan mula tidur nyenyak jam 10 pg sehingga jam 12. Masa sebegini kumanfaatkan dengan membasuh kain, jemur baju, mengepam susu dan berinternet. Sebelum jam 12, ak akan nap sebentar bersama asyraf yang masih tidur dan kemudian ak akan bangun untuk makan tengahari ( lauk + nasi , mamaku sudah siapkan di awal pagi). Selepas makan, Asraf akan minta untuk disusukan, maka aku akan menyusukan sambil menonton tv (WHI) sehingga dia tidur.
Skiranya dia baik dan selesa, Asyraf akan tidur sehingga jam 2 petang sebelum sesi menyusu sekali lagi. Lepas jam 2 ni biasanya Asyraf sukar nak tidur.. terpaksalah kehulu kehilir melayan karenahnya dan kalau ada mama ku atau sesiapa yang lain, Asyraf akan di"pass2"kan. Cukup suka dia bila ramai yang melayan dia. Lagi satu perangai si kecil ni, dia suka orang ramai kecoh2.. lebih mudah dia tidur. Kalau ada yang datang berkunjung sudah pasti dia tidur nyenyak. Pelik.. tapi alhamdulillah, sekurang-kurangnya tak perlu control volume bercakap depan dia yang tidur.. hehe..
Bila tiba malam, aku akan mula susukan dia jam 8, sekiranya dia tidur, aku turut tidur. Kalau tidak aku akan berjaga sekejap walaupun biasanya pada masa ini dia akan dijaga oleh mama ku atau babanya sehingga sesi menyusu seterusnya. Bila jam 10 aku berehat/ tidur dan Asyraf terus dijaga oleh omma atau baba dia. Biasanya jam 12 kalau dia belum tidur, babanya akan masuk tidur, dan aku akan mula memujuknya pula. Kalau tak mahu tidur juga, bawa depan tv dan sementara aku melayan apa jua di tv, dia akan leka atau merengek2 sedikit dan biasanya jam 3 dia sudah nyenyak tidur. Maka bolehlah bawa masuk semula dan tidur.. alhamdulillah...
Gambar Asyraf tidur dengan Baba dia.
InsyaAllah setelah habis pantang nanti, aku akan tambah sedikit rutin dengan menjahit InsyaAllah. Moga-moga Asyraf semakin mudah dijaga dan mudah untuk mama dia buat kerja lebih sedikit..
Alhamdulillah aku beryukur sangat kerana telah diberi kekuatan untuk cuba menjadikan hari-hari semakin baik dan lebih produktif serta lebih bermakna. Mudah-mudahan dapat terus meningkatkan pengurusan masa ku.
Amin. Wassalam.
No comments:
Post a Comment