Wednesday, March 23, 2011

Alhamdulillah, suatu kelegaan

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

Alhamdulillah ku panjatkan kesyukuran kepada Allah kerana memberi aku peluang menikmati keindahan hidup ini dan pada pagi ini terasa begitu segar sekali. Sudah lama tidak ku nikmati tidur yang cukup dek kerana Asyraf tidak henti2 menangis sebelum ini. Semalam tidur nya nyenyak juga, sekadar bangun untuk minum dan tukar diaper. Bersyukur sangat berjumpa dengan "Gripe Water". Mungkin perutnya sebelum ini memang amat tidak selesa membuat dia meraung tidak tentu dan sukar dipujuk. Dua hari ini Alhamdulillah memang senang diurus. Masa bermain juga makin panjang. Dia kelihatan lebih tenang, maka ibunya juga tenang.

Woodward's Gripe Water - Rm9.50 (tp yang kami guna diberi oleh rakan lama mama)
terus lega perut Asyraf...


Maka dengan itu, rutin harini juga berubah sedikit. Alhamdulillah lebih banyak dapat dibuat. Pertama dengan mengemas bilik yang kurasa sudah beberapa hari tidak dapat ku kemas dengan baik. Kemudian mandi dengan selesa sekali memandangkan Asyraf sudah nyenyak tidur di luar di hadapan TV. Minta juga kepada acik Ikah (Adik ke-4 ku)untuk tengok2 takut2 dia terjaga. Sempat juga pergi ke dapur potong peria untuk masak tengahari. Mudah-mudahan lebih banyak dapat dibuat harini jika Asyraf terus baik sebegini. Hati ku juga terasa lebih tenang maka dapat banyak sikit berfikir hal-hal lain.

Asyraf yang sedang nyenyak tidur tatkala mamanya berblogging...


Apa-apa pun yang paling penting ialah ketenangan hati bila tengok Asyraf tidak menangis kerana merasakan dia begitu sihat dan tenang. Alhamdulillah. Ku kepilkan juga video semalam yang ku ambil semasa ingin menukarkan diapernya. Beberapa kali kejut baru bangun. Sungguh nyenyak tidurnya. Mungkin dia juga merasakan begitu lega dapat tidur kerana sudah beberpa hari tak cukup tidur. hehe.




Apa-apa pun, akan ku sambung lagi celoteh Asyraf. Tawakkal kepada Allah. Mudah-mudahan berterusan sebegini dan semakin baik.

Semoga harini menjadi lebih baik dari semalam, dan esok lebih baik dari hari ini.
Amin

Wassalam. Hamba Allah.

No comments:

Post a Comment