Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.
Alhamdulillah hari ini genap sudah Muhammad Asyraf sebulan. Aku juga tinggal 14 hari lagi untuk berpantang, tapi alhamdulillah kurasakan badan dan mental ku sudah sihat, dan mampu untuk buat banyak kerja sedikit sekiranya Asyraf tak meragamla...
Sekejap je masa berlalu yer. Tinggal 60 hari je lagi cuti. Perlu bersedia untuk kembali bekerja dan rutin menjaga anak. seminggu lepas Asyraf langsung tdak dapat tidur nyenyak pagi dan petang. Ibunya jugala.. hehe. 15hb haritu mamaku (Omma Asyraf) perasan ada benjolan di ari-ari Asyraf. Jam dah 2 pagi. Dalam duduk mmujuk Asyraf kerana tidak henti2 menangis, mama menyuruh aku search di internet. Seperti nya didiagnos hernia kalau ikut "Mr Google"..untuk kepastian lanjut haruslah bertemu Dr. Kalau ikutkan bacaanku juga, hernia tidak seharusnya menyakitkan melainkan ianya sudah bengkak dan tidak boleh ditolak kedalam semula (keadaan ini dimana usus dah tersekat "incarcerated hernia"- perlu operation segera). Tetapi kenapa Asyraf terus menangis membimbangkan kami semua. Mama ku suruh tangguhkan dahulu ke Dr dan cuba tuam2, namun hati ku dan suami tidak begitu tenang memandangkan Asyraf terus menerus menangis, kami juga letih dan stress.
Pada 17hb lepas, kami ke Dr Isa, klinik tempat ku melahirkan untuk kepastian dan langkah2 yang harus diambil. Sekalian malam itu, Asyraf disuntik vaccine Hepatitis B. Setelah di cek dan mendengar apa yang kami terangkan, Dr juga mendiagnoskan Hernia. Dia suruh merujuk Pakar Bedah Kanak2 bagi rawatan lanjut. Pada mulanya ingin ditangguh dahulu untuk ke pakar, tapi mendengar Asyraf menangis dan meneran2, benjolan hernia asyik ada sahaja. Risau juga takut2 ianya menyakitkan dia. Jadinya aku dan suami membuat keputusan untuk rujuk ke pakar. Isnin lepas, 21 hb, aku ke Dr. Lai di Pakar puteri Johor. Dr Lai menetapkan tarikh operation - 8 April 2011. Aku turut sempat menanyakan tangisan tidak henti Asyraf ini adakah berkaitan dengan Hernia. Dr diagnoskan Colic. Sememangnya bayi yang colic sering menangis. Dr bagi sedikit ubat untuk kurangkan colic. Colimix. Tapi setelah aku dan suami baca di internet, agak bahaya juga Colimix untuk anak bawah 6 bulan. Jadi kami hanya bagi 2 kali sahaja. Alhamdulillah pada awal Asyraf makan memang sudah nyenyak dia tidur. Meragam pun tidak. Tapi bila malam, kami dah tak beri makan ubat, hanya bagi gripewater. Tapi Alhamdulillah juga, walaupun malam tadi dia tidur jam 4 pg, sekarang masih lagi belum meragam. Tidak seperti hari2 sebelumnya.
Alhamdulillah kami sangat bersyukur merujuk kepada pakar, sekurang-kurangnya terbukti dia menangis bukan kerana hernia. Cuma perutnya tidak selesa, jadi mula semalam aku cuba sedaya upaya untuk kurangkan ketidakselesaan dia dengan mengurut perut, cuba burpkan. cubalah yang mana mampu. At least dia tak nangis dah reda hati ini..
Anyway, Asyraf dah bangun ni, akan kusambung lagi celoteh Asyraf.. Wassalam.
Alhamdulillah, Ya Allah berikanlah petunjuk mu dalam mmbimbing khalifh kecil ini dan dlm membina keluarga Sakinah. Amin..
No comments:
Post a Comment