Wednesday, May 29, 2013

Ku ingin menjadi orang yang positif....

Assalamualaikum WBT

Okay, aku akui, aku ni orangnya mudah dan suka dimotivasikan. Mugkin sifat semulajadi. Aku seorang yang senang berubah emosi  (ooo ini ada baik buruknya) tapi sebab sifat nilah,  aku mudah dimotivasikan.

Sambung lagi topik "positive thinking" ni...Post yang sebelum ni kat sini .


(Caption : Tahthra Beach; May 2013 Subhanallah, Allahuakbar, cantik dan luas ciptaan Allah)


Aku tak nafikan, aku mudah berperasaan negatif tapi aku juga mudah berperasaan positif. Dan itu yang aku sedang dan masih mencuba untuk lakukan - sentiasa berfikiran positif. Masih dalam proses untuk buang sifat negatif dan tingkatkan sifat positif.

Mana ada manusia sempurna. Memang itu indahnya ciptaan Allah. Kita diciptakan tidak sempurna supaya kita merasakan sifat kehambaan. Sifat kehambaan itulah yang memberi kita ketenangan hidup dan arah tuju kehidupan.

Pernah tak kita terasa cemburu atau sedikit terasa diri begitu tertinggal dibelakang bila lihat pelbagai kejayaan atau kemampuan orang lain? terutama sekali rakan-rakan terdekat atau adik beradik sendiri? Lagi-lagi di laman sosial seperti facebook, twitter dan instagram. Gambar-gambar rakan-rakan bercuti di luar negara, bershopping sakan, atau kejayaan bussiness, pernahkah ia membuat hati terdetik, dimana letaknya diri ini, adakah sudah tertinggal jauh?


(Caption : Tahthra Beach; May 2013 Subhanallah, Allahuakbar, cantik dan luas ciptaan Allah)

Ada dua pandangan dari setiap apa yang kita lihat. Pandangan positif, dan pandangan negatif
Contohnya:

Pandangan positif : Alhamdulillah, ada juga rakan-rakan kita yang mampu untuk melakukan semua itu. (Dalam hati :  Ya Allah, kau teruskanlah memberi kejayaan kepada sahabatku, dan berikanlah aku sedikit dari kekuatanMu untuk teruskan perjuangan ku untuk berjaya)

Pandangan negatif : Diorang ni berlagak aje tunjukkan ni semua. (Dalam hati : bilalah aku nak dapat buat semua ni... sigh) - Perasaan negatif ni sudah pasti tak membantu pun memberi semangat untuk kita turut sama berjaya

Pandangan berbaur diakhiri dengan fikiran positif : Bestnya diorang ni (positif sebab happy). Bilalah aku dapat macamni (negatif). Takper, Aku akan terus berusaha! (positif)

Jadi, cuba mulai sekarang, nilai apa pandangan kita terhadap setiap sesuatu perkara. Jika kita fikirnya mula dengan negatif (biasalah ni) cuba tukarkan jadi positif. Sebab fikiran negatif itu perlu. Sebab kita boleh menilai. Kalau memanjang nampak positif da dikira tak pandai menilai pula. Ambil yang negatif, olahkan jadi positif = motivasi!

Kita pun diamanahkan untuk sentiasa berperansangka baik. Malah dengan berperansangka baik, kita kan dijauhkan dari mengumpat dan sebagainya. (peringatan untuk diri x100)

Ayat 12 Surah Al-Hujurat: 


Aku sekarang merasakan hati yang lebih tenang bila aku mula melihat semua yang berlaku disekeliling saya mahupun di facebook dengan pandangan positif. aku merasa lebih bersyukur dengan apa yang aku ada dan membuatkan aku lebih bersemangat untuk berjaya bila lihat kawan-kawan yang lebih berjaya.

Tapi.... memang selalu kena ingatkan diri. Antara sebab tula, aku suka tulis semua ni, lebihnya untuk mengigatkan diri dan aku fikir apa salahnya juga turut berkongsi. Kitakan digalakkan saling mengingati.

Akhir kata, jangan kita kejar untuk menjadi yang terbaik, tetapi kita kejar untuk menjadi dikalangan yang terbaik. Oleh itu, sentiasa tolong para sahabat seperjuangan, supaya kita sama-sama berjaya dan sama-sama ke arah kebaikan.


Sekian
Wassalam.

Tuesday, May 21, 2013

Ulangtahun perkahwinan ke-3 kami...

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah hari ni genaplah 3 tahun saya dan suami dalam alam perkahwinan.


Sekejap sahaja rasa masa yang berlalu, terasa janggal juga kadang-kadang bila fikir balik. Dah ada anak pun kami. Dah besar juga 2 tahun. Lagi-lagi kalau ungkit cerita zaman sekolah dulu. Kelakar pun ada.

Tak disangka jodoh kami bersama. Itu semua ketentuan Allah Maha Besar. Ku amat bersyukur..
Semoga jodoh kami berpanjangan dalam rahmat Allah, kebahagiaan dan ketenangan.


Buat suamiku :


Duhai suamiku,
ku bersyukur Allah telah meminjamkan kamu kepadaku.
Semoga kasih sayang kita disalut berkat dari Allah,
Semoga cinta kita membawa kita ke jalan syurga,
Semoga keluarga yang kita bina, adalah keluarga sakinah yang memperolehi kebahagiaan dunia dan akhirat.

Teringat saat ini, tatkala upacara nikah dijalankan, dalam hati ku hanya satu,
Ku menerima nikah mu kerana Allah dan semoga ini yang terbaik untuk kita bersama.
Inshaa Allah.

Niat itu, yang sentiasa mengigatkan aku dan semoga aku kan terus berusaha menjadi isteri solehah buatmu. Biarpun masih terkedek, tapi akan ku terus mencuba. Dengan niat kerana Allah.

Terima kasih suamiku, atas bimbingan dan sokongan mu.
Tulus ikhlas mencintai mu kerana Allah,

Isterimu.

Wassalam



Monday, May 20, 2013

Berfikiran positif

Assalamualaikum W.B.T

Tajuk post kali ini berkitar tentang fikiran positif. Aku harus benar akui saya boleh jadi kadangkala sangat berfikiran negatif, dan adakala sangat bersemangat berfikiran positif.

Jadi post kali ini adalah sebagai peringatan buat diri sendiri supaya terus berlatih unutk berfikiran positif.

Telah dikaji oleh para saintis, bahawa dengan berfikiran positif, bukan sahaja dapat memberi manfaat kepada nurani tetapi juga jasmani dan kesihatan tubuh badan secara menyeluruh.

Dalam Islam juga kita diajar untuk sentiasa berfikiran positif, dan sentiasa tidak bersangka buruk terhadap sesiapa sahaja.



Fikiran positif terhadap diri sendiri bukan sahaja dapat memberi "confident boost" malah juga dapat meningkatkan lagi produktiviti kita seharian.

InshaaAllah, dengan berniat kerana Allah, aku ingin berlatih dan terus berlatih berfikir secara positif.

Dengan itu, aku suka sangat nak cakap aku suka layan Prof Muhaya... sebab aku suka sangat kata-kata semngat dari dia untuk fikiran positif! Tapi duk kat oversea ni, tak dapat tengok kat tv..layan kat youtube jerla. Sedihkan? Takpe, fikir positif. Alhamdulillah, masih ade tempat nak cari peluang dengar majlis ilmu kan..you tube pun youtube lah..

Inshaa Allah semoga kita sentiasa diberi kesihatan akal untuk berfikir positif, dan terus memberi aura positif kepada dunia juga!

Wassalam



Sunday, May 19, 2013

Nikmat TuhanMu yang manakah hendak kau dustakan...

Assalamulaikum W.B.T

Dalam seharian kita berapa banyak kalikah kita menatap luasnya bumi Allah, lengkapnya ciptaan Allah, sempurnanya segala ciptaan-Nya.

Bila setiap kali saya fikirkan tentang hebatnya pokok, ciptaan Allah, hati saya tenang. Penuh kesyukuran.



Pokok, makhluk indah ciptaan Allah. Terlalu leka, kekadang terlupa betapa penting pokok di muka bumi. Tanpa pokok, hidupkah kita? 

Indahnya ciptaan Allah saling melengkapi sesamanya. Pokok menghasilkan oksigen yang kita perlu. Pelik kekadang bila fikir. Kompleksnya. Tapi itu kehebatan Allah. AllahuAkbar. Subhanallah.

Terlintas pula ayat Surah Ar-Rahman yang diulang-ulang, "Fabi-ayyi ala-i rabbikuma tukathibani" yang membawa maksud, "Nikmat Tuhanmu yang manakah yang hendak engkau dustakan"

Kerana tidak ada yang boleh didustakan.


Surah ni cantik sangat, puisinya mengayat hati. Dengar Sheikh Misyary baca, lagi sayu, menitis air mata.
Perasaan rindu, cinta membuak-buak. Ingin sekali ku jejak tanah Mekah tatkala ini. InshaAllah satu hari nanti. 

Ingatlah kita sebagai manusia, telah diamanahkan untuk kita tidak membuat kerosakan di bumi dan  adalah tanggungjawab kita menjaga kurniaan yang diberikan. 


Jadi... next time recycle pun boleh niat kerana Allah.


Ingin juga selitkan gambar musim luruh di Canberra kerana post ini juga melibatkan pokok... jadi, sesuailah gambar-gambar pepohonan dengan daun luruh menghiasi post ini juga.




Asyraf mood tak berapa baik lepas bangun tido, jadi tak boleh tangkap gambar banyak pun. 




Dah penat pujuk si kecil ni, kami tangkap gambar berdua jerla..hehe..


Sekian disini,
yang masih bertatih mencari redha-Nya

Wassalam

Tuesday, May 14, 2013

Jagalah masa mu dengan Allah, maka Allah akan menjaga masa untukmu

Assalamualaikum w.b.t


Saya pernah mengungkit hal masa dengan suami, dan saya cukup tersentuh dengan balasannya. Dia kata, dia pernah terdengar sebuah ceramah mengenai masa. Dalam ceramah itu, antara isi yang disampaikan ialah "Masa itu juga adalah makhluk Allah". Oleh itu, ia mempunyai sifat yang berbeza terhadap setiap manusia.



Dalam sungguh maksudnya dan cukup membuat diri terduduk dan berfikir. Ya tak ya juga. Sebab tu masa ni untuk setiap manusia lain-lain. Sesetengah orang punyai banyak sangat masa, sesetengah pula sempit masanya. Sedangkan kita semua punyai 24 jam sehari secara teorinya. Betul tak?

Dalam kehidupan kita seharian pun, sesetengah hari tu panjang jer rasanya, sesetengah pula singkat tak sempat buat apa-apa. Maka timbul pula pada fikiran saya, bagaimana ingin perolehi lebih masa? Saya teringin sekali jika punyai lebih masa dalam sehari, semoga lebih banyak yang saya boleh lakukan dalam sehari.

Perkara pertama yang terdetik didalam hati, sudah pastilah jika kita patuhi masa yang ditetapkan oleh Allah, kita pasti akan peroleh lebih masa. Kerana masa itu hak Allah. Jika kita inginkannya, perlulah kita patuhi peraturan masa yang dicaturkan oleh Allah.

Yang paling dekat kaitannya dengan masa sudah pastilah jadual solat harian. Sudah ditetapkan waktu-waktu solat dalam sehari. Sekiranya kita patuh masanya dan solat di awal waktu, maka bukankah itu adalah lebih baik? Kadang-kadang kita kata " sekejap je lagi, lepas siap ni aku pergi solat". Adakah kita merasakan waktu solat itu menganggu aktiviti kita ketika itu atau adakah ia sebaliknya? Sekarang saya sering cuba ingatkan diri, masuk sahaja waktu, saya akan terus berhenti kerja saya dan solat. Kerana dengan berhenti sebentar untuk solat itu, Allah akan memberi saya lebih masa untuk siapkan kerja saya itu kemudian selepas solat. InshaaAllah.




Masa yang kita habiskan untuk zikir, untuk membaca ma'thurat di pagi dan petang hari, masa untuk solat-solat sunat adalah masa-masa yang entah berapa peratus pun dalam jadual seharian kita. Tapi kita sering rasa tak cukup masa nak buat semua tu betul? kalau kita cuba amalkan menghabiskan masa untuk semua perkara ini, sebenarnya kita akan perolehi lebih banyak masa untuk perkara-perkara yang lain. Tapi, perkara lain juga harus diniatkan kerana Allah, mudah-mudahan ia juga menjadi ibadah. InshaaAllah. Contoh perkara lain tu termasuklah, untuk masak, untuk hobi, untuk rehat dan urusan kerja. Siapa yang tak nak masa lebih untuk semua perkara tu betul tak? Tapi, nak lebih masa untuk semua tu, perlu jaga masa dengan Allah. Yakinlah.


Saya masih bertatih dalam hal ini tetapi sudah merasa perubahan masa yang saya terima. Namun masih perlu sering ingatkan diri almaklumlah manusia memang sangat lemah.

Saya menulis diruangan ini sekadar berkongsi supaya kita dapat saling mengingati. Sekiranya saya boleh mengigatkan diri, apa salahnya mengajak sahabat yang lain turut sama.

Saya akhiri bicara hari ini dengan surah Al-Asr berkenaan masa.

Wassalam.

Saturday, May 4, 2013

Permulaan baru.

Bismillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt.

Sekali lagi menempuh ruangan ini, dengan harapan akan terus kekal menulis lagi diruangan kecil blog ini.

Harapan kali ini agar ia akan dijadikan peringatan buat diri sendiri, menjadi nota kehidupan.

Setelah hampir lebih 6 bulan tidak menulis disini, terasa janggal pula dengan post kali ini.

Ada matlamat yang ingin kucapai dengan ruangan ini. Dengan harapan ia menjadi, Inshaa Allah.

Yang pertama, Untuk ku rujuk semula kenangan-kenangan kehidupan.
Kedua, Untuk memberi semangat dan motivasi kepada diri sendiri
Ketiga, mana tahu ruangan ini boleh jadi memberi manfaat kepada sesiapa sahaja.
Keempat sebagai tempat menilai diri dan bermuhasabah.

Sesungguhnya manusia ini sungguh kerdil, sering alpa. Perlu sering diingatkan. Maka itula tujuan utama blog ini. Sekurang-kurangnya memantau diri sendiri walau tidak seberapa mana.

Semoga ianya manfaat dan adalah baik buat diriku, agamaku, dunia dan akhirat ku. InshaaAllah.

Amin.

Wassalam.