Assalamualaikum WBT
Okay, aku akui, aku ni orangnya mudah dan suka dimotivasikan. Mugkin sifat semulajadi. Aku seorang yang senang berubah emosi (ooo ini ada baik buruknya) tapi sebab sifat nilah, aku mudah dimotivasikan.
(Caption : Tahthra Beach; May 2013 Subhanallah, Allahuakbar, cantik dan luas ciptaan Allah)
Aku tak nafikan, aku mudah berperasaan negatif tapi aku juga mudah berperasaan positif. Dan itu yang aku sedang dan masih mencuba untuk lakukan - sentiasa berfikiran positif. Masih dalam proses untuk buang sifat negatif dan tingkatkan sifat positif.
Mana ada manusia sempurna. Memang itu indahnya ciptaan Allah. Kita diciptakan tidak sempurna supaya kita merasakan sifat kehambaan. Sifat kehambaan itulah yang memberi kita ketenangan hidup dan arah tuju kehidupan.
Pernah tak kita terasa cemburu atau sedikit terasa diri begitu tertinggal dibelakang bila lihat pelbagai kejayaan atau kemampuan orang lain? terutama sekali rakan-rakan terdekat atau adik beradik sendiri? Lagi-lagi di laman sosial seperti facebook, twitter dan instagram. Gambar-gambar rakan-rakan bercuti di luar negara, bershopping sakan, atau kejayaan bussiness, pernahkah ia membuat hati terdetik, dimana letaknya diri ini, adakah sudah tertinggal jauh?
Ada dua pandangan dari setiap apa yang kita lihat. Pandangan positif, dan pandangan negatif
Contohnya:
Pandangan positif : Alhamdulillah, ada juga rakan-rakan kita yang mampu untuk melakukan semua itu. (Dalam hati : Ya Allah, kau teruskanlah memberi kejayaan kepada sahabatku, dan berikanlah aku sedikit dari kekuatanMu untuk teruskan perjuangan ku untuk berjaya)
Pandangan negatif : Diorang ni berlagak aje tunjukkan ni semua. (Dalam hati : bilalah aku nak dapat buat semua ni... sigh) - Perasaan negatif ni sudah pasti tak membantu pun memberi semangat untuk kita turut sama berjaya
Pandangan berbaur diakhiri dengan fikiran positif : Bestnya diorang ni (positif sebab happy). Bilalah aku dapat macamni (negatif). Takper, Aku akan terus berusaha! (positif)
Jadi, cuba mulai sekarang, nilai apa pandangan kita terhadap setiap sesuatu perkara. Jika kita fikirnya mula dengan negatif (biasalah ni) cuba tukarkan jadi positif. Sebab fikiran negatif itu perlu. Sebab kita boleh menilai. Kalau memanjang nampak positif da dikira tak pandai menilai pula. Ambil yang negatif, olahkan jadi positif = motivasi!
Kita pun diamanahkan untuk sentiasa berperansangka baik. Malah dengan berperansangka baik, kita kan dijauhkan dari mengumpat dan sebagainya. (peringatan untuk diri x100)
Ayat 12 Surah Al-Hujurat:
Aku sekarang merasakan hati yang lebih tenang bila aku mula melihat semua yang berlaku disekeliling saya mahupun di facebook dengan pandangan positif. aku merasa lebih bersyukur dengan apa yang aku ada dan membuatkan aku lebih bersemangat untuk berjaya bila lihat kawan-kawan yang lebih berjaya.
Tapi.... memang selalu kena ingatkan diri. Antara sebab tula, aku suka tulis semua ni, lebihnya untuk mengigatkan diri dan aku fikir apa salahnya juga turut berkongsi. Kitakan digalakkan saling mengingati.
Akhir kata, jangan kita kejar untuk menjadi yang terbaik, tetapi kita kejar untuk menjadi dikalangan yang terbaik. Oleh itu, sentiasa tolong para sahabat seperjuangan, supaya kita sama-sama berjaya dan sama-sama ke arah kebaikan.
Sekian
Wassalam.
No comments:
Post a Comment