Assalamulaikum W.B.T
Dalam seharian kita berapa banyak kalikah kita menatap luasnya bumi Allah, lengkapnya ciptaan Allah, sempurnanya segala ciptaan-Nya.
Bila setiap kali saya fikirkan tentang hebatnya pokok, ciptaan Allah, hati saya tenang. Penuh kesyukuran.
Pokok, makhluk indah ciptaan Allah. Terlalu leka, kekadang terlupa betapa penting pokok di muka bumi. Tanpa pokok, hidupkah kita?
Indahnya ciptaan Allah saling melengkapi sesamanya. Pokok menghasilkan oksigen yang kita perlu. Pelik kekadang bila fikir. Kompleksnya. Tapi itu kehebatan Allah. AllahuAkbar. Subhanallah.
Terlintas pula ayat Surah Ar-Rahman yang diulang-ulang, "Fabi-ayyi ala-i rabbikuma tukathibani" yang membawa maksud, "Nikmat Tuhanmu yang manakah yang hendak engkau dustakan"
Kerana tidak ada yang boleh didustakan.
Surah ni cantik sangat, puisinya mengayat hati. Dengar Sheikh Misyary baca, lagi sayu, menitis air mata.
Perasaan rindu, cinta membuak-buak. Ingin sekali ku jejak tanah Mekah tatkala ini. InshaAllah satu hari nanti.
Ingatlah kita sebagai manusia, telah diamanahkan untuk kita tidak membuat kerosakan di bumi dan adalah tanggungjawab kita menjaga kurniaan yang diberikan.
Jadi... next time recycle pun boleh niat kerana Allah.
Ingin juga selitkan gambar musim luruh di Canberra kerana post ini juga melibatkan pokok... jadi, sesuailah gambar-gambar pepohonan dengan daun luruh menghiasi post ini juga.
Asyraf mood tak berapa baik lepas bangun tido, jadi tak boleh tangkap gambar banyak pun.
Dah penat pujuk si kecil ni, kami tangkap gambar berdua jerla..hehe..
Sekian disini,
yang masih bertatih mencari redha-Nya
Wassalam
No comments:
Post a Comment