Tuesday, May 14, 2013

Jagalah masa mu dengan Allah, maka Allah akan menjaga masa untukmu

Assalamualaikum w.b.t


Saya pernah mengungkit hal masa dengan suami, dan saya cukup tersentuh dengan balasannya. Dia kata, dia pernah terdengar sebuah ceramah mengenai masa. Dalam ceramah itu, antara isi yang disampaikan ialah "Masa itu juga adalah makhluk Allah". Oleh itu, ia mempunyai sifat yang berbeza terhadap setiap manusia.



Dalam sungguh maksudnya dan cukup membuat diri terduduk dan berfikir. Ya tak ya juga. Sebab tu masa ni untuk setiap manusia lain-lain. Sesetengah orang punyai banyak sangat masa, sesetengah pula sempit masanya. Sedangkan kita semua punyai 24 jam sehari secara teorinya. Betul tak?

Dalam kehidupan kita seharian pun, sesetengah hari tu panjang jer rasanya, sesetengah pula singkat tak sempat buat apa-apa. Maka timbul pula pada fikiran saya, bagaimana ingin perolehi lebih masa? Saya teringin sekali jika punyai lebih masa dalam sehari, semoga lebih banyak yang saya boleh lakukan dalam sehari.

Perkara pertama yang terdetik didalam hati, sudah pastilah jika kita patuhi masa yang ditetapkan oleh Allah, kita pasti akan peroleh lebih masa. Kerana masa itu hak Allah. Jika kita inginkannya, perlulah kita patuhi peraturan masa yang dicaturkan oleh Allah.

Yang paling dekat kaitannya dengan masa sudah pastilah jadual solat harian. Sudah ditetapkan waktu-waktu solat dalam sehari. Sekiranya kita patuh masanya dan solat di awal waktu, maka bukankah itu adalah lebih baik? Kadang-kadang kita kata " sekejap je lagi, lepas siap ni aku pergi solat". Adakah kita merasakan waktu solat itu menganggu aktiviti kita ketika itu atau adakah ia sebaliknya? Sekarang saya sering cuba ingatkan diri, masuk sahaja waktu, saya akan terus berhenti kerja saya dan solat. Kerana dengan berhenti sebentar untuk solat itu, Allah akan memberi saya lebih masa untuk siapkan kerja saya itu kemudian selepas solat. InshaaAllah.




Masa yang kita habiskan untuk zikir, untuk membaca ma'thurat di pagi dan petang hari, masa untuk solat-solat sunat adalah masa-masa yang entah berapa peratus pun dalam jadual seharian kita. Tapi kita sering rasa tak cukup masa nak buat semua tu betul? kalau kita cuba amalkan menghabiskan masa untuk semua perkara ini, sebenarnya kita akan perolehi lebih banyak masa untuk perkara-perkara yang lain. Tapi, perkara lain juga harus diniatkan kerana Allah, mudah-mudahan ia juga menjadi ibadah. InshaaAllah. Contoh perkara lain tu termasuklah, untuk masak, untuk hobi, untuk rehat dan urusan kerja. Siapa yang tak nak masa lebih untuk semua perkara tu betul tak? Tapi, nak lebih masa untuk semua tu, perlu jaga masa dengan Allah. Yakinlah.


Saya masih bertatih dalam hal ini tetapi sudah merasa perubahan masa yang saya terima. Namun masih perlu sering ingatkan diri almaklumlah manusia memang sangat lemah.

Saya menulis diruangan ini sekadar berkongsi supaya kita dapat saling mengingati. Sekiranya saya boleh mengigatkan diri, apa salahnya mengajak sahabat yang lain turut sama.

Saya akhiri bicara hari ini dengan surah Al-Asr berkenaan masa.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment