Assalamualaikum warahamatullahi wabarakatuh.
Hari ni, cik suami fly balik Malaysia. Tadi pagi subuh-subuh dah hantar dia ke stesen bas untuk ke Sydney. Last sekali, we were in contact was before his flight. Malam nanti sampailah dia, InsyaAllah. Dengan riuh cerita tentang the missing flight MH370, dalam hati ada la jugak rasa risau. Tapi, yakin dengan Allah itu adalah lebih baik dari risau tak tentu pasal. So, sekalian dah sebut pasal ni, nak ingatkan sama-samala kita doakan untuk misi pencarian MH370.
Anyway, ni nak cerita sikit pasal lohong dalam hati. Biasala, kalau orang yang selalu ade jer dengan kita, tetiba takder, rase sunyi semacam je. Dalam hati cam ada lubang kosong. Lagi bermakna seseorang tu, lagi terasa. Teringat dulu, waktu parents datang visit then they went, pun rasa jugak yang sama.
Just nak bayangkan lah ibu-ibu kat luar sana, yang bila anak-anak membesar, kahwin, kerja etc and tinggalkan rumah. Mesti terasa kan. Tapi kadang-kadang ibu kite senyap je. Yerla, da memang lumrah hidup kan. Kita yang ibu-ibu ni pun satu hari nanti akan begitu juga. Tapi bukan ibu-ibu jerla, semua orang pun ada orang tersayang dalam hati. Dan sampai masa, semua akan pergi kan. Sementara atau selamanya, hati kita pasti akan tersentuh jugak. Alhamdulillah hati kita-kita ni takkan pernah kosong, sebab ada Allah. dan Dia sentiasa ada dengan kita. Maka rugilah mereka yang tidak isi hatinya dengan Allah.
Harini, rasa paaaanjang sangat, seharian suntuk berdua sahaja dengan Asyraf. Dua-dua pun tak berapa sihat. Selsema dah berhari-hari. Asyraf da mula start batuk pulak. So, harini masak bubur ayam sempoi.
Cara masak Dari Dapur Aku:
Rebus Ayam untuk dapatkan stok ayam. Boleh juga rebus sekali sayur sikit, bawang dan halia kasi rasa sikit. Da masak ayamnya, kluarkan dan perisikan mana yang nak masuk dalam bubur. Basuh beras, dan masukkan air stok ayam tadi bersama isi ayam. Masukkan sayur (aku guna kobis dan carrot sebab itu aje yang ada). Masak sampai lembut nasi. Kalau tak cukup air, tambah. Garam dan white pepper secukup rasa. Last seklai, ak tumis bawang merah dan putih dan halia dan masukkan kedalam bubur tadi. Siap! Tabur bawang goreng dan daun bawang.
Bila cik suami takder, pandai pulak nak halau spider ni sendiri...dari tengah-tengah dapur, ke hujung corner ni.. eeeeee....hehe.. (australia kan terkenal dengan spider yang bermacam-macam jenis. Ha ni slah satunya. Jenis ape pun ak tak tau. mungkin tak bahaya tapi ada besar tangan tangan aku kot..)
Wassalam
OOOO rindunya nak balik Malaysia jugak!
O well, Sekadar mencoret diari hari ini. :)
Hamba Kerdil Allah.
No comments:
Post a Comment