Thursday, March 13, 2014

Kupu-kupu dalam perut???

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Ape tajuk ni? konfius la. Hehe, tu la jadinya nak translate "butterflies in my tummy". The feeling of excitements.

Ada hari, rasa nak senyum je memanjang. Hati tenang jer. Walaupun kerja menimbun pun, hati girang jer. Ape cer sebenarnye ni?

Aku pun tak tahu ape, tapi bila deeply felt, it is the feeling of happiness. The feeling of being utmost content. Harini tak gi sekolah, tapi buat kerja dari rumah, ditemani Asyraf kecil berlari dengan hingusan. Selsema dah dua hari si kecil ni, kesian pulak nak tinggal. Syoknya bleh buat kerja dari rumah. If only one day, I could, I dream of working from home. Inshaa'Allah. At least till my responsibility is off the hook... erk..berapa lame lagi tu?? (soalan tu tak mo jawab)

Ada banyak benda dalam hidup ni that we wish for. Tapi satu je wish that will always remains. Ketenangan hati dan jiwa. Dunia dan akhirat. Tak kiralah apa yang kita buat, impian apa yang kita nak capai, yang penting hati tenang.

Asyraf Di Melbourne University - Disember 2012 ---- hari ni asyraf nampak cam same je-tak besar-besar..tapi seluar ni dah senteng bebenor dah..meninggi je.. badan mantain

Sebab tu aku tafsirkan kejayaan itu adalah subjektif. Ramai orang yang berjaya diluar sana yang kita jadikan idola, tapi apa benar kita nak duduk dalam kasut mereka? Berjaya dalam sesuatu bidang tidak bermakna kita akan bahagia. Berjaya belajar setinggi gunung tak bermakna kita betul dah berjaya.

Bagi aku, kalau kita berjaya menawan hatiNya agar kita senantiasa dalam RedhaNya dan dalam petunjukNya itu lebih bermakna. Jadi, Inshaa'Allah, itu yang aku nak kejar. Tapi dalam pada itu, hidup kita perlu dilaksanakan dengan sebaiknya. Dengan bersungguhnya. Tanda kita Syukur dengan nikmat yang telah diberi.

Hari ni, ku bersyukur

masih bernafas di muka bumi Allah,
masih berpeluang menadah tangan memohon keampunanNya,
masih ada ruang memperbaiki kesilapan,
masih mampu nikmati kehidupan,
masih ada rasa nikmat kesyukuran.

Burung Merak yang gah tayang bulu dekat Zoo of Melbourne _ 2012 ----- cantiknya ciptaan Allah!

Semoga esok akan datang, dan semoga ia lebih baik dari hari ini. Inshaa'Allah.

Wassalam.
Yang mencari redhaNya.

No comments:

Post a Comment