Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Lama sangat dah blog ni menyepi, tersyok sangat dengan blog satu lagi tak terjaga blni. Hari ni nak kasi pecah sepi sikit. kita kasi update kisah hidup.
Ye, masih diperantauan. Ditemani musim yang silih berganti. Baru je masuk musim luruh. Musim ni paling best, tak berapa sejuk, tak berapa panas. Kalau Autumn sepanjang tahun pun best. Tapi Allah tu maha mengatur. Kalau autumn je memanjang kesianlah pokok tak berbunga, daun pun ditanah je. Ye tak?
Kami baru je pindah rumah. Rumah sewa yang lama tuan rumah nak jual, jadi terpaksalah pindah buat kali ketiga sepanjang kami kat Canberra ni. Tapi, Alhamdulillah, rumah baru tidak kurang selesanya. In fact, lebih dekat dengan uni. InshaAllah mudah-mudahan lebih produktif dan lebih banyaklah masa di Uni. Almaklumlah tahun ni dah tahun ketiga aku dalam perjuangan meraih segulung skrol PhD. Semoga semuanya dipermudahkan Nya.
Aktiviti rumah seperti biasa, masa weekend adalah masa famili, masa dirumah atau masa bersantai bersama kawan-kawan kat sini. Jarang sekali aku ke Uni di hujung minggu. I feel like I am more productive if I have enough rest and enjoyment. Hati tenang bila menjahit, bercucuk tanam dan melayan karenah si kecil ni...
Haaa.. ni gambar dua cinta hati yang buat stress belajar hilang... my two handsome guy.
Minggu lepas, kami bertukang menyiapkan garden bed. Semangat rumah baru la katekan...hihi. Lagipun musim baru, jadi perlu tukar tanaman yang sesuai di musim sejuk. Kali ni cuba tanam brocolli. Uih, seronoknya kalau berjaya. Insha'Allah. Semangat si kecil ni menolong. Sampai terbawa -bawa tengok tv pun pun bukan main khusyu' tengok Better Homes and Garden. Hehe..Asyraf.. memang over..
Untuk update juga, bapa mertua ku masih dalam tidur yang lena. Belum lagi ada tanda untuk sedar. Allah masih menguji, juga masih memberi baba rehat mungkin. Apa pun, kami redha, dan percaya bahwa Allah itu maha menentukan. Moga yang terbaik itu ditentukan untuk kami semua. Amin. Rindu dengar suara baba yang tenang. Minggu depan cik suami akan pulang ke tanah air seminggu melawat baba dan mama. Aku dan si kecil disini je. Masa agak terhad tahun ni. Nak je balik kalau ikut hati... rindu sangat dengan semua. Tapi mungkin tak sempat tahun ini. Insha'Allah tahun depan balik for good terus. Doakan ye.
O well, sekadar itu sahaja untuk santapan update kali ini.
Wassalam,
Hamba kerdil di muka bumi.
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete