Wednesday, July 3, 2013

Tragedi 25 Jun

Assalamualaikum,

Sekadar mencoret sedikit disini, tragedi 25 Jun yang baru sahaja seminggu berlalu.

Bapa mertua ku, baba terlibat dengan kemalangan. Berada jauh di perantauan, hati gusar semalaman menunggu suami selamat sampai semula ke tanah air untuk meberi sokongan kepada ibunya dan sekali bertemu dengan ayahnya.

Ikut hati memang ingin turut terbang bersama, tetapi berfikiran secara rasional dan mengikut kemampuan pada ketika ini, hati sabar walau perasaan rindu membuak-buak dan teringin sekali bersama mereka semua dalam keadaan sebegini.

Sudah seminggu baba terlena dalam koma. Agak kritikal pada awalnya dengan tiga sesi pembedahan bahagian otak. Sekarang sudah makin stabil, tetapi belum sedarkan diri. Ku hanya mampu berdoa dari jauh dan masih bersyukur dengan segala nikmat Allah yang lain. Hadirnya suami disisi ibunya sudah melapangkan hati serba sedikit. Lain dari itu, kita hanya berserah kepada Allah.

Pasti sudah kita semua mahukan baba sedar semula dan teruskan hidupnya bersama keluarga tercinta, tetapi itu semuakan kuasa Allah. Moga kami redha apa sahaja ketentuannya dan moga itu adalah yang tebaik yang dirancangkan oleh-Nya.

Aku memohon agar kami diberi peluang untuk membawa baba pulang ke rumah dalam keadaan yang selamat, tapi kami redha dengan ketentuanMu ya Allah.

Sekian coretan sayu merindui keluarga tercinta. Semoga Allah melindungi mereka semua dan memberi kekuatan untuk menempuh dugaan ini.

Wassalam


1 comment:

  1. salam ukhwah dari saya...
    terima kasih krn sudi drop comment kat blog. :)
    cuba juga cari awk bermastautin di mana skrg tapi x jmp. ;)
    semoga dlm pelukan kasih syg Allah sentiasa...

    ReplyDelete