Assalamualaikum wbt.
Masuk tahun baru je, berkobar-kobar semangat baru. Tapi perlu ke tunggu tahun baru sebenarnya?
Takderla kan.. actually bila-bila masa je kalau rase nak buat azam baru..digalakkn terus mulakan.... tapi kalau tahun baru tu bawa aura positif dan perasaan kobar-kobar, apa salah guna kan semua tenga positif dan aura tersebut untuk mula fresh - untuk tanamkan azam baru.
So, antara azam baru aku tahun ni, ialah untuk kembali mencoret diari ini. Walaupun rasanya takder la sape sangat yang membacanye, tapi kalau coretan ku ini dapat menyentuh, memberi semangat kepada seorang insan lain pun jadila. Yang lebihnye, biarla ia buat menyentuh hatiku ni sendiri. Nak buat peringatan pada diri sendiri...
Tahun ni, InsyaAllah tahun akhir aku dalam dunia PhD ni..Alhamdulillah, akhir-akhir ni hati aku diberi ketenangan, dan diberi harapan oleh Allah s.w.t untuk melihat "the light at the end of the tunnel".
Masih banyak lab,
tapi yang
selebihnye banyak writing. Thesis pun da dimulakan dengan perlahan-lahan. Yang penting
hati tenang. Sapa kate tak takut... anxiety datang juga, tapi sejak dua tiga bulan ni, aku dah pandai sikit control anxiety... letak kepercayaan pada Allah. Let Allah do it.
for Allah can do the impossible. Believe in that. Aku memang dapat rasakan bila aku buat macam ni, hati aku tenang dan aku lebih productive. Baik dirumah atau disekolah.
Alhamdulillah.
So tahun ni, banyak la juga azam baru... antaranye termasuklah terus menerus mencari Redha Allah. Mudah-mudahan lebih banyak ibadah dapt dibuat. In fact,
semua azam pun
pangkalkan kerana Allah S.W.T.. Contoh, tahun ni jugak nak berazam untuk hidup lebih berjimat, makan lebih sihat, bersenam dan luangkan masa lebih untuk ibadah sunat dan jaga family. So semua tu, aku pangkalkn kerana Allah S.W.T...
Dalam kepala banyak juga impian, yang aku tulis dalam diari fizikal - dan planning untuk ke arah impian tersebut. Tapi manusia hanya merancang, tuhan menentukan. Tapi kita harus merancang dan harus sentiasa memperbaiki diri - sebab dengan merancang itu, kita lebih tenang, masa lebih teratur dan matlamat hidup lebih jelas. Hidup dunia untuk akhirat.
Sekian buat malam ini,
Wassalam.
Hari ini ku bersyukur:
-masa lapang diisi dengan hobiku menjahit
-
masa bersama keluarga
-
jiwa yang tenang
mengingati mu ya Allah.
Hamba-Nya
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
ReplyDeleteJika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)