Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh
Alhamdulillah kepanjatkan syukur pada Ilahi atas segala nikmatNya.
Sedar tak sedar sudah tinggal 10 hari sahaj cuti bersalin ku.. Memang hati agak berat meninggalkan si kecilku, tapi itulah hakikatnya.. yang menambah kerisauan ialah ragamnya yang tak menentu.. spanjang dijaga oleh makciknya ada hari dia baik, ada hari letih dibuatnya. Kesian juga tengok aciknya, tapi aku harus biarkan aciknya training supaya nanti dia biasa lagi-lagi bila aku sudah bekerja jauh nanti. Tapi ku mohon pada Allah agar Asyraf tidak selalu meragam sangat nanti. Kalau tidak kesian juga Omma dia bila balik dari sekolah terus kene melayan Asyraf kerana Aciknya sudah pasti keletihan sepagi melayan dia.
Hari ini aku pergi menguruskan permohonan ku untuk sambung belajar di ANU. Mudah-mudahan 2 bulan lagi dapatlah offer letter. InsyaAllah dari situ aku akan forwardkan kes cuti belajar di UTHM pula. Mudah-mudahan dapatlah kejar kuota tahun ini. Sekurang-kurangnya tidaklah harus berulang lama sangat. Tp apa-apa pun ak redha dan bertawakkal. Mudah-mudahan Allah permudahkan segala.
Kenapa Blog ini ditulis sebenarnya adalah sekadar untuk diriku mencatit kisahku. tidak perlu dibaca orang lain pun. Tp ada juga terlintas untuk lebih meluaskan topik.. aku sering juga mengikuti blog orang especially yg bercerita soal susu ibu dan cloth diapering. Jadi ada juga terasa ingin berkongsi blog dan bercerita tentang kisah pengalamn ku pula supaya boleh menjadi inspirasi pada yang lain. Tapi yang paling pentingnya insprasi dan semangat pada diri sendiri..
No comments:
Post a Comment