Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh...
Alhamdulillah syukur kupanjatkan atas segala kemudahan yang dikurniakan...
Ya memang sudah lama aku tidak menaip diruang blog ini. Bukan tiada apa nak dicatit cuma masa dan mood itu yang kurang ada. Jadi entri hari ini agak panjang agar dapat ku rakam serba sedikit kisah hidup yang berlalu.
Yang pertamanya Asyraf sudah selamat dibedah dan kini hernianya sudah ditutup lubang. Pada 8 April lepas, Asyraf dibedah pada jam 10. Dalam pada itu, susah hati juga dia melalak di hospital kerana lapar. Pada hari tu dia terpakasa berpuasa dari jam 5.. Sayu hati melihat dia menangis tapi kutabahkan juga demi kebaikan dia. Selepas sejam, selesai semua dan Asyraf kembali di wad. Dia masih belum pulih dari ubat bius dan masih meneruskan tidur selepas jaga kali pertama. Masih belum menyusu dengan puas sehingga kira-kira jam 3 petang. Risau juga pada masa tu. Tapi Alhamdulillah semuanya lancar dan selepas pembedahan Asyraf sudah banyak masa bermain. Walaupun acapkali juga dia menangis kerana Asyraf agak fussy dan semua perkara yang menganggunya dia akan menangis sekuat hati sampai selak-selak tidak berbunyi. Susah juga nak jaga. Tapi syukur, dia mula tidur malam - satu perubahan besar buat kami.
Gambar Asyraf di rumai Nenek (Moyang Asyraf) di BBU. Tangannya masih ada kesan tempat letak ubat bius..
Seminggu dua yang baru lepas ini harus train semula Asyraf dengan botol. Walaupun susu ibu.. dia tetap tak mahu. Susah juga dengan perangainya yang suka melalak dengan kuat, agak mencabar aku dan makciknya (Ikah - my sister) untuk pujuk dia minum. Alhamdulillah setelah nak masuk dua minggu, Asyraf hari ini lebih baik walaupun kadangkala dia bermain sahaja dengan puting botol. Sekurangnya dia tidak nangis. Oleh kerana dia juga kerap kembung perut, sekarang rutin pagi mesti bagi gripewater 2 ml. Ternyata telah namapak kesannya 3 hari ini. Dia kerap kentut dan juga kurang menangis. Alhamdulillah sangat..
Lagi satu nak cerita juga, kami akhirnya telah membuat keputusan untuk terus menetap dirumah mama dan aku yang akan berulang ke UTHM setiap hari bekerja. Wow.. Penat juga ya nanti. Tapi kufikir itu lebih mudah memandangkan Asyraf boleh ditinggalkan bersama makciknya dan dirumah family dan sekurang-kurangnya kami ibubapa muda ini punya sokongan dari keluarga diawal-awal penjagaan Asyraf yang banyak juga karenahnya. Maka dengan itu kami memindahkan barang-barang kami dari rumah sewa pada dua hujung minggu lepas. Selesai bab itu.
Sekarang sedang melatih makcik untuk menjaga Asyraf, maka aku punya lebih masa untuk buat kerja seperti memasak, menjahit dan menyiapkan tempahan manik. Ya sudah mula terima semula menjahit manik memandangkan aku juga harus cari duit lebih untuk menampung perbelanjaan kami sekeluarga plus tak lama lagi banyak guna duit di perjalanan ke tempat kerja.. Mudah-mudahan Allah mempermurahkan lagi rezeki kami sekeluarga. Amin.
Itu sahaja buat entri kali ini, nanti akan update kisah breastfeeding + cloth diapering..
Wassalam..
No comments:
Post a Comment