Sunday, April 3, 2011

Menunggu hari operation

Assalamualaikumwarahmatullahiwabaraktuh..

Seperti tajuk diatas.. Aku masih resah menunggu saat Asyraf akan bebas dari masalah hernia. Kini hernia nya sudah lebih jelas kelihatan, sayu hati ini acapkali menukarkan lampinnya. Tmbah pula kini dia juga kelihatan resah selalu, tidak pasti juga sama ada disebabkan hernia atau bukan, tp selagi hernia itu ada di situ sudah pasti aku tetap risau.

Seperti biasa, kadangkala kurasa begitu kuat semangat untuk mengharungi hidup, kadangkala terasa begitu lemah dan risau. Tatkala menulis ini, aku lebih kepada yang lemah dan mudah risau. Aku mula gusar dengan pelbagai perkara. Walaupun ku sudah cuba memujuk hati ini bahawa semua orang pun ada ujiannya, dan sudah pasti ujian yang diturunkan Allah itu pasti kita dapat lalui kerana Allah itu Maha Mengasihani. Aku akur dengan itu, namun aku terpaksa selalu memujuk hati ini. Ku juga bersyukur kerana tatkala ini, aku masih bercuti, masih bersama kelarg. masih ramai yang dibelakang menyokongku. Tapi tulah, hamba Allah yang sorang ni suka sangat berfikir ke hadapan dengan penuh unsur negatif..
"bagaimana nak pujuk Asyraf kalau dia terus menerus nangis, kalau disini ada mama"
"bagaimana kalau malam2 yang baba dia terpaksa tidak pulang kerana tempat kerjanya yang jauh"
"bagaimana Asyraf ditempat jagaan"
" kalau Asyraf demam??"
"nak susukan sampai 6 bulan at least.. tapi mampukah aku??"
"Cukup ke duit untuk perbelanjaan harian? berbaloi ke suami ku kerja jauh-jauh ini?"
wa.. endless list.. apa sangatla diotak fikiranku ini. Suka sangat memikirkan hal2 yang belum tahu datangnya. Aku harus kuat. InsyaAllah. Allah itu ada disampingku, mudah-mudahan segalanya dipermudahkan.. Aku harus istikamah. Harus kuatkan hati dan fizikal. Semua demi meneruskan perjuangan hidup dan Asyraf tercinta.

Sebenarnya inginku bicara tentang cloth diaper yang sudah kucuba dalam pantang ni tapi mood tidak berapa kena, maka next entry insyaAllah akan kubicarakan.

No comments:

Post a Comment