Wednesday, August 15, 2012

Ramadhan Berlalu...

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh

Lama pula tidak menulis diruangan ini. Agak sibuk dengan Ramadhan, sibuk dengan urusan belajar dan juga sibuk menjahit menhibur hati. Rindu sangat kat Malaysia bila tiba musim-musim begini. Teringat riuh rendah di dapur rumah bersama adik-adik, mama dan papa.

Sudah tu pula dah beli tiket pulang ke Malaysia bulan Oktober ini. Sempena menyambut konvokesyen suami dan bercuti tahunan. 2 Minggu je. Itupun tengah pulun siapkan summary setahun perjalananku dalam PhD. Bukan apa, supaya dapat dibincangkan lepas naik cuti nanti buat booster lepas cuti.  Nasib juga dah writing banyak sebelum-sebelum ini, tinggal edit dan perkemaskan serta tambah keputusan-keputusan baru.

Saya akui kini, PhD memang susah. Diri sendiri yang selalunya bermotivasi ini pun, kadangkala tersungkur dalam keserabutan. Tepu. Minggu ini antara minggu yang sukar. Bila timbul di hati "kenapalah susah-susah sambung phd ni??? Kan best, kalau duk umah, menjahit, bisnes part-time and jaga anak." Tapi tak boleh layan sangat kan.



Hm, tapi kutabahkan hati harini, malas tak malas jangan tak pergi ofis sebab setiap hari perlu ade progress PhD ni, baik perlahan atau cepat. Masa ni tak tunggu kita dah.. 3-4 tahun. Cepat jer berlalu.

Ramadhan pun cepat jer nak pergi. Sayu. Datanglah kembali Ramadhan, moga kita semua mendapat rahmat-Nya.

"Demi masa, sesungguhnya manusia kerugian,
kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh"

Ya Allah, terimalah urusanku sebagai ibadah dan janganla engkau jadikan aku antara orang-orang yang rugi. Amin.

Sudah disitu kisah PhD...
Kisah anak kecil ini? Semakin pandai dan bijak. Alhamdulillah. Penat juga melayan karenah nya yang suka sangat "mengemas rumah". Balik dari ofis, terus perlu masak untuk berbuka..tapi dapur..begini : huhu....


Baju raya? Mama tak sempat juga jahit, sibuk menyiapkan baju orang.  - tahun lepas punya muat lagi ni.. bolehla yer..

Okayla, sampai di sini saja dulu..
Wassalam
Amira