Sunday, March 16, 2014

Lohong dalam hati

Assalamualaikum warahamatullahi wabarakatuh.

Hari nicik suami fly balik Malaysia. Tadi pagi subuh-subuh dah hantar dia ke stesen bas untuk ke Sydney. Last sekali, we were in contact was before his flight. Malam nanti sampailah dia, InsyaAllah. Dengan riuh cerita tentang the missing flight MH370, dalam hati ada la jugak rasa risau. Tapi, yakin dengan Allah itu adalah lebih baik dari risau tak tentu pasal. So, sekalian dah sebut pasal ni, nak ingatkan sama-samala kita doakan untuk misi pencarian MH370.

Anyway, ni nak cerita sikit pasal lohong dalam hati. Biasala, kalau orang yang selalu ade jer dengan kita, tetiba takder, rase sunyi semacam je. Dalam hati cam ada lubang kosong. Lagi bermakna seseorang tu, lagi terasa. Teringat dulu, waktu parents datang visit then they went, pun rasa jugak yang sama.

Just nak bayangkan lah ibu-ibu kat luar sana, yang bila anak-anak membesar, kahwin, kerja etc and tinggalkan rumah. Mesti terasa kan. Tapi kadang-kadang ibu kite senyap je. Yerla, da memang lumrah hidup kan. Kita yang ibu-ibu ni pun satu hari nanti akan begitu juga. Tapi bukan ibu-ibu jerla, semua orang pun ada orang tersayang dalam hati. Dan sampai masa,  semua akan pergi kan. Sementara atau selamanya, hati kita pasti akan tersentuh jugak. Alhamdulillah hati kita-kita ni takkan pernah kosong, sebab ada Allah. dan Dia sentiasa ada dengan kita. Maka rugilah mereka yang tidak isi hatinya dengan Allah.

Harini, rasa paaaanjang sangat, seharian suntuk berdua sahaja dengan Asyraf. Dua-dua pun tak berapa sihat. Selsema dah berhari-hari. Asyraf da mula start batuk pulak. So, harini masak bubur ayam sempoi.


Bubur ayam 2


Cara masak Dari Dapur Aku:

Rebus Ayam untuk dapatkan stok ayam. Boleh juga rebus sekali sayur sikit, bawang dan halia kasi rasa sikit. Da masak ayamnya, kluarkan dan perisikan mana yang nak masuk dalam bubur. Basuh beras, dan masukkan air stok ayam tadi bersama isi ayam. Masukkan sayur (aku guna kobis dan carrot sebab itu aje yang ada). Masak sampai lembut nasi. Kalau tak cukup air, tambah. Garam dan white pepper secukup rasa. Last seklai, ak tumis bawang merah dan putih dan halia dan masukkan kedalam bubur tadi. Siap! Tabur bawang goreng dan daun bawang.

Bubur ayam edited

Bila cik suami takder, pandai pulak nak halau spider ni sendiri...dari tengah-tengah dapur, ke hujung corner ni.. eeeeee....hehe.. (australia kan terkenal dengan spider yang bermacam-macam jenis. Ha ni slah satunya. Jenis ape pun ak tak tau. mungkin tak bahaya tapi ada besar tangan tangan aku kot..)

spider besar tapak tangan

Wassalam

OOOO rindunya nak balik Malaysia jugak!

O well, Sekadar mencoret diari hari ini. :)
Hamba Kerdil Allah.

Thursday, March 13, 2014

Kupu-kupu dalam perut???

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Ape tajuk ni? konfius la. Hehe, tu la jadinya nak translate "butterflies in my tummy". The feeling of excitements.

Ada hari, rasa nak senyum je memanjang. Hati tenang jer. Walaupun kerja menimbun pun, hati girang jer. Ape cer sebenarnye ni?

Aku pun tak tahu ape, tapi bila deeply felt, it is the feeling of happiness. The feeling of being utmost content. Harini tak gi sekolah, tapi buat kerja dari rumah, ditemani Asyraf kecil berlari dengan hingusan. Selsema dah dua hari si kecil ni, kesian pulak nak tinggal. Syoknya bleh buat kerja dari rumah. If only one day, I could, I dream of working from home. Inshaa'Allah. At least till my responsibility is off the hook... erk..berapa lame lagi tu?? (soalan tu tak mo jawab)

Ada banyak benda dalam hidup ni that we wish for. Tapi satu je wish that will always remains. Ketenangan hati dan jiwa. Dunia dan akhirat. Tak kiralah apa yang kita buat, impian apa yang kita nak capai, yang penting hati tenang.

Asyraf Di Melbourne University - Disember 2012 ---- hari ni asyraf nampak cam same je-tak besar-besar..tapi seluar ni dah senteng bebenor dah..meninggi je.. badan mantain

Sebab tu aku tafsirkan kejayaan itu adalah subjektif. Ramai orang yang berjaya diluar sana yang kita jadikan idola, tapi apa benar kita nak duduk dalam kasut mereka? Berjaya dalam sesuatu bidang tidak bermakna kita akan bahagia. Berjaya belajar setinggi gunung tak bermakna kita betul dah berjaya.

Bagi aku, kalau kita berjaya menawan hatiNya agar kita senantiasa dalam RedhaNya dan dalam petunjukNya itu lebih bermakna. Jadi, Inshaa'Allah, itu yang aku nak kejar. Tapi dalam pada itu, hidup kita perlu dilaksanakan dengan sebaiknya. Dengan bersungguhnya. Tanda kita Syukur dengan nikmat yang telah diberi.

Hari ni, ku bersyukur

masih bernafas di muka bumi Allah,
masih berpeluang menadah tangan memohon keampunanNya,
masih ada ruang memperbaiki kesilapan,
masih mampu nikmati kehidupan,
masih ada rasa nikmat kesyukuran.

Burung Merak yang gah tayang bulu dekat Zoo of Melbourne _ 2012 ----- cantiknya ciptaan Allah!

Semoga esok akan datang, dan semoga ia lebih baik dari hari ini. Inshaa'Allah.

Wassalam.
Yang mencari redhaNya.

Saturday, March 8, 2014

Permulaan Autumn Di Canberra 2014

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Lama sangat dah blog ni menyepi, tersyok sangat dengan blog satu lagi tak terjaga blni. Hari ni nak kasi pecah sepi sikit. kita kasi update kisah hidup.

asyraf gardening 

Yemasih diperantauan. Ditemani musim yang silih berganti. Baru je masuk musim luruh. Musim ni paling best, tak berapa sejuk, tak berapa panas. Kalau Autumn sepanjang tahun pun best. Tapi Allah tu maha mengatur. Kalau autumn je memanjang kesianlah pokok tak berbunga, daun pun ditanah je. Ye tak?

Kami baru je pindah rumah. Rumah sewa yang lama tuan rumah nak jual, jadi terpaksalah pindah buat kali ketiga sepanjang kami kat Canberra ni. Tapi, Alhamdulillah, rumah baru tidak kurang selesanya. In fact, lebih dekat dengan uni. InshaAllah mudah-mudahan lebih produktif dan lebih banyaklah masa di Uni. Almaklumlah tahun ni dah tahun ketiga aku dalam perjuangan meraih segulung skrol PhD. Semoga semuanya dipermudahkan Nya.

Aktiviti rumah seperti biasa, masa weekend adalah masa famili, masa dirumah atau masa bersantai bersama kawan-kawan kat sini. Jarang sekali aku ke Uni di hujung minggu. I feel like I am more productive if I have enough rest and enjoyment.  Hati tenang bila menjahit, bercucuk tanam dan melayan karenah si kecil ni... 

Asyraf Makan doughnut

Haaa.. ni gambar dua cinta hati yang buat stress belajar hilang... my two handsome guy.

cinta hati

Minggu lepas, kami bertukang menyiapkan garden bed. Semangat rumah baru la katekan...hihi. Lagipun musim baru, jadi perlu tukar tanaman yang sesuai di musim sejuk. Kali ni cuba tanam brocolli. Uih, seronoknya kalau berjaya. Insha'Allah. Semangat si kecil ni menolong. Sampai terbawa -bawa tengok tv pun pun bukan main khusyutengok Better Homes and Garden. Hehe..Asyraf.. memang over..

Bertukang garden bed _Asyraf

Bertukang garden bed _Asyraf2

Bertukang garden bed

garden bed siap
garden bed in use


Untuk update juga, bapa mertua ku masih dalam tidur yang lena. Belum lagi ada tanda untuk sedar. Allah masih menguji, juga masih memberi baba rehat mungkin. Apa pun, kami redha, dan percaya bahwa Allah itu maha menentukan. Moga yang terbaik itu ditentukan untuk kami semua. Amin. Rindu dengar suara baba yang tenang. Minggu depan cik suami akan pulang ke tanah air seminggu melawat baba dan mama. Aku dan si kecil disini je. Masa agak terhad tahun ni. Nak je balik kalau ikut hati... rindu sangat dengan semua. Tapi mungkin tak sempat tahun ini. Insha'Allah tahun depan balik for good terus. Doakan ye.

tanam brokoli 

O well, sekadar itu sahaja untuk santapan update kali ini.


Wassalam,

Hamba kerdil di muka bumi.